Saturday, 30 March 2013

Are you ready????

Credit: Incix Google
\
Ada seorang anak kecil. Girang bermain saban hari tanpa mengenal apa itu penat. Dalam fikirannya, bermain adalah kehidupan. kerana dengan bermain, anak kecil itu membesar sama seperti anak kecil yang lain. Kerana bermain itu adalam process of learning. Membuat kesilapan dan belajar dari kesilapan. Itu bukan kesalahan!!!! Malah anak kecil itu belajar erti tanggungjawab . Dan anak kecil itu akan terus bermain biar habuannya rotan mahupun anak ketam dari jejari runcing Datin Mummy. rebah!!!

Proses pembesarannya sama seperti anak-anak kecil lain. Kesekolah di waktu pagi dan bermain diwaktu petang. Biar pakatan berikat saat itu semuanya berlainan jantina. Asal kan diri dibenar bermain...itu adalah sorga buat anak kecil itu. Kerana dalam dunia anak kecil itu... dia hanya melihat satu.. KESERONOKAN.

Namun...

Anak kecil itu tidak akan selamanya kecil.  Anak kecil itu belajar melihat dunia dari kacamata remaja. Peralihan dari anak kecil kepada remaja kecil. Melangkah ke sekolah yang rata-rata menuntut persaingan jiwa dan minda, Terkadang diganggu dengan gangguan emosi bila tersedar diri terlebih popular dari biasa. Eceeehhh.

Langkah remaja kecil itu terhenti...saat menghitung bilangan teman dijari..... Mungkin sifat remaja kecil itu yang sukar bergaul dan membuatkan remaja kecil itu tidak memiliki ramai teman. Remaja kecil itu belajar menikmati alam remaja dari caranya sendiri. Mencipta sejarah dalam alam purba yang hanya datang sekali.

Remaja kecil itu sedikit menyerlah di alam persekolahannya. Bidang akademik mahupun kokurikulum remaja kecil itu..membuatkan ramai berkata... remaja kecil ini punya masa hadapan yang cerah... Alangkah indah jika remaja kecil itu bisa memahami kata-kata mereka. Kerana saat itu, remaja kecil itu lebih tegar menikmati jiwa remaja dan mencipta sejarahnya sendiri. Memenuhi kemahuan jiwa remajanya dengan penuh segak dan bergaya.  Yang saat itu dia rasa, dunianya  itu lebih penting dari segala-galanya . nangis!!

Apa yang pasti

Remaja kecil itu semakin jauh meninggalkan dunia keseronokan. Kini masanya remaja kecil itu menyandang jiwa anak dewasa. Berbekalkan didikan si ibu... benarlah... upbringing anak itu bermula dari rumah . Remaja kecil itu cuba belajar dari kacamatanya sendiri. Mentafsir dan menilai. Walau terkadang segala perhitungannya tersasar dari bidikan. Tersungkur mencari jawapan. lemas dalam pencarian. Terkulai dalam jiwa yang musnah. Namun remaja kecil itu masih terus mencuba. Memenuhi definasi sebuah kehidupan.

Dan sekarang... remaja kecil itu merangkak menuju satu definisi baru sebuah kehidupan. Berubah daripada remaja kecil kepada si dewasa kecil. Mendayung dalam mencari pulaunya sendiri. Dalam satu samudera yang belum pasti penghujungnya. Dewasa kecil itu akan tetap mendayung, mencari satu sisipan indah dalam sebuah kehidupan. Kerana dewasa kecil itu tahu.. dia harus terus  mendayung. Meski nanti badai menanti! kerana dewasa kecil itu juga tahu.. dihadapannya sebuah perjalanan tiada sempadan. Hanya satu garisan untuk mengekalkan sebuah tujuan... Pengalaman dan panduan.

Dalam perjalanan dewasa kecil itu, dia mengenali ramai dewasa kecil yang lain. Masing-masing punya tujuan mereka sendiri. Ada yang mendayung bersama. Ada yang bertelingkah... malah ada yang cuba menjatuhkan. Dewasa kecil itu semakin takut untuk mendayung. Semakin jauh meredah samudera..semakin hebat badai menanti. Dewasa kecil itu memperlahankan rentak. Lemas dalam kecelaruan jiwa. Ya... dia masih mahu menjadi anak kecil. 

Dewasa kecil itu lupa. Dia punya pegangan yang paling beharga. Tinggalan si junjungan besar kekasih hati. Memberi panduan sebuah kehidupan yang hakiki. Mengikut rentak dan alunan yang Maha Kuasa. Dewasa kecil itu mula kembali. Kali ini tujuannya satu.. mencari pulau bersama redha ilahi. Lantas dia memulakan kembali dayungannya. Kerana dewasa kecil itu mahu hatinya tahu... dia tidak keseorangan lagi.

Dewasa kecil itu berkata... Dia mahu berubah... tapi terkadang dewasa kecil itu terbabas juga. maka dewasa kecil itu minta ditegur. Bukan dihina. Kerana dewasa kecil itu masih lemah, mudah terleka. Kerana jiwanya masih muda. Masih mudah diperdaya. Maka dewasa kecil itu minta dibimbing bukan dihukum.

Sebuah perjalanan yang menuntut masa dalam kehidupan. sejauh mana kita bersedia??

orked sign out



No comments:

Post a Comment