Aku sedang bersedih hati. Aku sedang dilukai. Hati aku sedang terluka. Dirobek-robek. Aduh sakitnya.
Aku sedang serius. Aku tidak berdrama. Aku memang sedang bersedih hati. Tapi aku belajar jugak. Yang tak semestinya janji itu akan sentiasa dipenuhi. Aku ibarat pungguk sedang rindukan bulan. Atau dalam realitinya..... aku memegang handphone ibarat esok handphone akan dimusnahkan dari muka bumi. Aku akan tersangat teruja bila handphone bergetar... Aku akan bukak email selang 15 saat. Aku akan pastikan handphone sentiasa ditangan. Aku rasa aku hamba handphone sekarang.
Tapi apa yang dijanjikan tidak muncul juga. Maka aku bercadang mentulis surat email kepada si tukang janji. Dan aku berharap...si tukang janji akan menunaikan janji. Sebab kalau dia tak tunaikan apa yang dia janji. Aku akan mati. Sebab percaturan aku bukan kecil. Ini percaturan hidup dan mati. Percaturan yang aku ambil bila dia berani berjanji. Maka aku berfikiran yang tak salah merisikokan sesuatu untuk sesuatu. Aku sedang mengaplikasikan konsep Oppotunity cost. Mungkin dari segi pengaplikasiannya....aku punya test tak berapa logik..tapi aku tak kesah!!!
![]() |
| Sumber sedih ihsan simpati incix google |
Arghh...aku mentaip tanpa ada rasa teruja. Hikayat hari ini sememangnya boring. Sebab aku tak mampu untuk senyum sejak dari Isnin lalu. Konteks hidup aku sudah berubah 360 degree. Aku ibarat pencinta telefon. walhal aku alergi pada yang namanya DERINGAN telefon. tapi sejak seminggu ini. Telefon itu nyawa aku. Aku akan mudah berubah jadi singa bila TELEFON aku hilang satu saat dari mata. INI SEMUA BUKAN AKU!!!
Macam mana mahu memujuk hati?? Aku adalah si paranoid tahap bahaya. Setiap saat aku tidak boleh mengelak dari berfikir negative effect dari percaturan aku ini. argh... Aku betul betul bersedih hati. Tapi tidak boleh bercerita pada Datin mummy jugak. Confirm kene silat tujuh keturunan. Percaturan yang aku buat diluar pengetahuan Datin Mummy. Argh....harus dijelaskan bagaimana ini?? wahai tukang janji... tahukan kamu akibatnya?? Parah sudah hati ini bila berdukacita selalu.
Aku sudah letih menunggu. dan aku berharap aku tidak ditipu. Sebab aku ini paranoid yang kronik. Terlalu kronik. Kalau aku ditipu... memang aku yakin aku duduk wad mentel. Ngaaa....harusla!
Apa yang harus aku lakukan. Dalam setiap solat aku titip doa minta dikuatkan Iman. Minta aku tidak menerima perkhabaran buruk. Tapi aku harus bersedia juga. Yang percaturan hidup aku ini tidak pernah sempurna dari perancangaNYA. Sebab aku manusia yang hanya mencari dunia dan terkadang terbabas dari landasanNya. Bila kadang-kadang aku rasa aku bahagia dan mula leka. Dan kadang-kadang kesedaran tu datang tak sampai pun seminit. Walangnya hati.
![]() |
| Direnbat dr incix google |
Tapi betul juga. Bersedih hati tu tak bawa apa-apa. Apa pun keputusannya. Aku kene move on. Kalau ditipu..dan percaturannya.....hilang dan musnah... aku kene pasrah dan redha. Sebab penilaian yang aku buat ni, sekurang-kurangnya mendidik aku untuk lebih berani ambil keputusan. Alahai.. mentulis memang senang. Hakikatnya..hati ni....hurm........ Aku perlukan bulatan gembira. Yang sentiasa ada dan bertukar cerita. Membimbing dan kerap memberi harapan.
Sudahlah...aku ingin menitip sedikit sahaja. Biarlah aku menjadi pungguk. Sehingga jumaat ini. Sebab...aku sudah letih bersedih. Hari jumaat malam...tepat jam 12.00 am, aku akan mentukar mood aku secara automatik. Aku janji...selepas selesai minggu ini.. aku akan bergumbira, AKU JANJI.. erh...potong bawang lapan guni!!!
Aku akan cuba...eh tidak .... aku perlu gumbira.
"Barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)
"Barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ianya baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)
Orked sign out



cik orked,,dpt keje dh ye?,,congrats :)
ReplyDeleteAaaaaa.. kerje kire retak siling. Berfaedah itu. mentajamkan minda. hahahaha
ReplyDeletemohler daftar jadi ahli.
benefit ahli
1)Muntah hijau (gerenti)
2) pergi holland (Dalam mimpi)
3) mentajamkan mata (power mata naik 100x)
hik hik hik
ei cik orked ni,,nakal,,haha
ReplyDelete