Monday, 11 March 2013

Tajuk takde.

Case study???....aku buat larian marathon tujuh malam pon masih belom tentu mata ni nak segar. Hailoh...tengah cuti-cuti ni, mendapat perkhabaran untuk di interview. Baiklah...secara mentally telah pun bersedia.....err....*tiada niat takbur*....ngaaaa....Tapi hambek!!!...sekali dia bagi email siap dengan case study. Siap bagi warning.. YOU SHOULD NOT DISCUSS YOUR PREPARATION WITH ANYONE. 

Adekah aku kesah dengan warning itu???? TIDAK langsung!!!!

Maka secara ilmiah pon menggunakan khidmat incix google. Ha...inilah pengakhirannya... tersadai di belog. Sudah aku kata, aku tak mampu berpendirian teguh untuk fokus pada case study itu. Macam nak apply position DIRECTOR aje gayanye. Heh... INI SEMUA DUNIA!!!! 

So..semenjak mendapat gelaran penganggur berhias ni. Semakin bertambah lemak kemalasan. Semakin terhakis kelajuan otak. Semakin hilang kayuan. Semakin terhapus kecumelan. Apekah yang sudah berlaku? Aku tak mampu untuk tersenyum penuh gaya. kalut sungguh!!


Credit Incix Google

Tapi harus senyum juga. Eh aku rase lepat sudah dijangkiti virus la. Dia semacam sudah mahu join wad mental dengan aku. Owh lepat...please not now. Owner mu ini sedang miskin gaban. Hancurrrr lah kocek aku woiii. sedih betol. Lesen juga sudah mematikan diri sebulan lamanya. Dan aku masih suka suki memandu  sambil mengukur tanah seluruh negeri tanpa rasa bersalah. Ini semua gara-gara kocek kering tahap gurun. SADIS!!

Sudahlah..case study ini menuntut kesabaran. Aku ingin menjelajah dunia sesawang sebentar. Aku mahu mencuci mata sebelom aku kembali ke dunia fantasi. Heh..aku ingin pergi interview penuh gaya walau aku tatau pon lokasinya dimana. Mungkin aku kene delete nombor 01 di IC. langsung tidak mencirikan aku ini anak watan Johor bila semedang sesat di daerah jajahan. CHOiiiiiiii

Aku berharap....aku tidak akan sesat lagi! sekiann

Sign out!



No comments:

Post a Comment