Wohohoho...selamat datang mata baru. setelah berpuluh bulan berchenta chenta dengan mata kaca lama...hari ini secara drastik mengambil keputusan untuk mencantikkan mata dengan mata baru. wahahaha... welcome..welcome... sudah lama tidak menukar mata kaca. Sekali pergi check...ouwhh mangai... peratusan kerabunan meningkat secara drastik. Aigooooo..
Hubungan kejiranan juga semakin pulih...tahap peratusan anti sosial juga dah semakin menurun. err...pergi makan bersama officemate yang tak berapa dikenali pun dah kira satu peningkatan ape... kah kah kah...
Dan untuk pertama kali dalam sejarah... memakan nasi beriani di tengah hari yang terik. okeh..untuk dihighlight adalah.... ORKED PERGI LUNCH...... dan dalam tempoh sebulan menjadi perkerja berdedikasi ini... boleh dibilang dengan jari berapa kali turun untuk santap. Rasanya tak lebih dari lima... dan sebab itu segala berat pun turun secara suka hati. Jam pun dan boleh buat pesta gelek dekat tangan. Semedang berpusing aje. Penghinaan atau pujian??
Dan selama bercuti dari menitip hikayat, memang menikmati hidup secara tegar. Menghabiskan segala baki akaun secara bergaya dan cukup bulan ikat perut tahap bahaya. Wahahahaha....akulah akauntan paling tak guna dalam sejarah!!!
okeh...itu semua entry pembukaan yang lebih kepada pembaziran.
move on with the stories..
Hari itu pergi dinner dengan MR Khartik . Kawan gaduh caci maki puji keji dalam hidup. Yang memang kalau bagi pendapat sentiasa pujian melangit walau nanti Cik Orked balas... hahahaha....jangan harap aku nak puji kau!!..errr....jujur adalah Orked!! Sinonim bukan antonim. Pengsan!!
So Mr Kartik berhajat membelanja dinner atas jasa dan sumbangan Orked terhadap thesis Mr Dad. Walau sebenarnya Cik orked takdelah buat apa pun. Sebab calculation dalam soalan tu memangla celah gigi...eheh...memang tersangat bangga diri sekarang ni. Dan kami pun masuk kedalam sebuah kedai makan lalu membuat pesanan.
Begini...
Pesanan di ambil tapi dekat lima kali pesanan kami batal. Okeh mula-mula masih boleh cool dan chill lagi. Tapi bila dah masuk lima kali semua pesanan dikatakan HABIS... waaaaaahhhh.....ibarat menyimbah minyak ke air yang panas... biar betul neh... mula-mula kata semua ada...lepas tu semua takde. Huwaaaa stress berkoyan koyan. nasib baik Cik Orked ayu. Kalau tak..The Hulk pun lagi cute. berciri penghinaanlah!!!
owh dan lagi satu... sama ada pujian atau bersifat pelik melampau... semua orang sangat kagum dengan size CikOrked yang terlebih cute neh. Eheh...semua pon kata... kecil nya.. semua pon kata...tak makan ke..dan semua pon kagum bila mentengok Cik orked makan lima butir nasi sehari.....wah lagi tipoo...
dan semua orang pun kagum melampau dengan tahap ketinggian dan usia Cik Orked. Mungkin sebab mereka melalui tumbesaran yang normal dan hanya CIk orkedlah manusia yang terlebih keil dari biasa. Walau umur semacam beza 2 3 saat je, tapi size kami ibarat...err....er...err....er... tetttttttt
Dan bila mereka bertanya...dik kurusnya kau dik.. cik orked hanya mampu mentayangkan gigiku yang putih suci berseri je. wahahahaha.... dabik dada. eheeh...tapi tak selalunya bersize kecil ni satu kelebihan. tapi nisbah kekurangan adalah lebih kecil dari yang namanya kelebihan. bhahahaha... haruslah!!
Maka, dengan sifat terlebih perasan dan terlebih gula dan oksida... aku pun sentiasa rasa macam Maharaja di singgahsana. erk...takde kene mengena langsung,
Sejak lima menjak ni. Semakin tak dapat mentahan mata dari layu bila memandu enjin siput ku. Walauweh... sangat susah untuk memandu secara lurus tanpa bengkak bengkok bila mata dah terlebih kuyu. Ini semua gara-gara pemanduan siput ibarat memandu kereta berenjin siput. Bilakah kereta enjin siput ku akan ditranformasikan menjadi enjin ferari selaju cahaya?????BILAKAHHHHHH??????????dan setiap hari menerima imej secara calar bila dipotong mereka-mereka yang bernama rider. walaupon bukanlah superbike berkuasa kuda . dengan hanya superbike berkuasa kura-kura pon boleh melambai penuh gah saat memintas kelajuan enjin siputku. Wahhhhhhaaaaahahahhaaa........nangis la macam ni.
Dan cik orked hanya mampu memberi senyuman penuh kasih sayang walau dalam hati dah terbakar suhu tahap gurun.... nanti kau nanti!!!!
Bila rasa macam nak berlibur secara merbahaya, mesti ada kekangan yang macam tak best. Dan bila masa rasa nak menyerah jiwa raga secara rela dalam paksa membuat sesuatu kerjaan, pasti hati menuntut liburan luar batasan. Sendiri keliru dengan jiwa dan raga. Apakah solusinya?? sendiri pun takde jawapan.
Sudah lama tidak berchenta dengan kawan baik sejak sekolah. yang sentiasa memberi telinga mata dan perhatian bila si paranoid mula nak berhikayat. Yang sentiasa menjadi tulang bila segala sendi dah tak mampu nak menyokong beban hidup. Dan sentiasa ada walau jarak berjuta batu. Yang sentiasa memberi nasihat walau pun takle pakai.
Terkadang terasa macam teringin ke zaman purba. Zaman angan-angan bermaharajalela. Zaman yang saat market diri tengah naik tak pernah turun. Zaman perasan bagus dan perasan manis terlebih gula. Haisshhhh....rindu serindu rindunya,,,
okay baik tak payah cerita, Ini semua bukan sifat si bijaksana lagi terlebih cerdik macam Orked.
Dan apakah pandanngan anda tentang wanita bekerjaya?? Urusan rumah tangga dan pengurusan jiwa raga secara berkala?? maksudnya..
Apakah pendapat semua orang terhadap wanita yang tersangat iron lady dan multi tasking?? yang buat semua benda pon macam takde apa dan sentiasa nampak sempurna dalam semua perkara???
dan terkadang terfikir mahu menjadi lebih teliti dan tidak paranoid. tapi hanya dalam mimpi...oh sungguh sedih!!!
dan dari membuat entry yang macam takde apa, baiklah menitip tanda noktah. Lepat pun dan mula nazak sebab diserang virus yang tak pernah cure sampai kehari ni. gara-gara owner dia yang tersangat prihatin, maka lepat pun duduk diam macam takde arah.
wokeyh...
saya mahu menitip salam...semoga segala urusan harian pun sentiasa baik-baik sahaja. Amin.
Si Comel AKA rendang Orked mahu pergi bertapa menuntut ilmu kuasa super saiya dari encik Goku..GOhan dan Gotan... walauweh..lama tak layan dragon ball...
Habislah~~


No comments:
Post a Comment