Saturday, 31 August 2013

Hari KEBEBELAN

Owh yeah... masih lagi diberi peluang untuk menitip hikayat. Huwargh  lama dah tak membebel.

Harini pergi majlis tunang kawan. Jangan tanya aku bila! Positively dont ask!!!okeyh... walaupun aku macam tak nampak gambaran akan dipinang pun... tapi aku tetap dapat gambaran untuk berangan. Wahahaha... haruslah!!!!. So, aku ke majlis pertunangan Miss Kawan. Walauweh... dia cantik sangat sebab make-up. tak make-up die cantik jugak. hehehe

Ye aku jeles. Titik

Aku tak tunggu lama pun dekat majlis dia sebab api cemburu aku meluap luap. Boleh?? tak boleh pun aku bolehkan jugak!!

Aku terus pecut perwira enjin arnab pergi shopping mall. What theeeeee.... bila satu ruang parking pon takde. So aku decide untuk ke bank sahaja. Almaklumlah, hujung bulan graf kekayaan aku naik secara mendadak. Sampai bank... pfttttttttttttttt...aku tak jumpe kad bank. wasalam!!!!!! aku keciwa dan sangat marah. Hei kau kad.. menguji kesabaran yang tak pernah tebal ni.

So darn stress!!!!

Dengan suhu didihan sudah hampir tahap maksimum, aku pun berhajat untuk ke shopping mall yang lain. Memandangkan aku baru sahaje memenuhkan ruang tangki minyak.!!!!dan... ia terjadi lagi sekali... bila aku tersesat nak cari jalan keluar!!

Dan yang memeranjatkan.. aku hanya nampak jalan keluar dari kawasan itu menghala kerumah!!! What theeeeeee fish masak kari lakan!!!! arghhhh STRESSSSS

So, pilihan yang aku ada hanyalah..pulang kerumah!!!

Dirumah...

Aku parking kereta di garaj yang Mr Daddy bina khas buat perwira enjin arnab. dan selalunya tahap parking aku takdelah se LOSER mana. Tapi hari ni, 5 kali try reverse... tetap senget!!! Stress berganda ganda.!!!

Dan bila keluar dari kereta... owh mangai.. swetty white aku dah macam pergi perang dunia. Macam baru buat race rally ala berani mati. KOTOR. yucksssss... menambahkan lagi kesakitan hati bila aku baru je CUCI KERETA!!!!!!!!!!!!! ARghhhhhhhhhhhhhhhhh


Hari-hari sebelum

Aku melalui hari-hari indah dengan menikmati bulan tanpa matahari. Aku sekarang memang dah sungguh adorable. Sungguh ayu. Sebab kulit aku dah naik satu tona!! wah kau... pinjam tag line ni.! ecewahh

Aku sekarang pun memang masih lagi mengekalkan ciri-ciri akauntan paling loser. Sebab aku masih lagi tak dapat memenuhkan tabung Holland aku!!!

Dan sebenarnya tahap muhasabah diri aku dah jatuh bergolek golek macam nangka busuk. Aku dah tak istiqomah macam dulu. kesedaran aku bertahan seminit aje. What theeeee....

Walaupun istiqomah aku selalu aje tergendala... ibarat siaran yang semedang out of service bila hujan, aku tetap berharap yang aku masih dapat membelai MR iman baik-baik.

Sebenarnya, kalau ikut perhitungan aku yang selalu melangkau tujuh benua. percaturan hidup ni tersangat la susah.Everybody passes numerous path along the road of life!!there is always dilemma when it comes to choosing. have you? dan benarla...up bringing seseorang itu mencorak segala-galanya. Nobody perfects! neither me nor you. we make mistake and we learn. dan bila membuat pilihan... kite selalu cakap... owh yes... ini yang terbaik!!!.. tetapi... kita akan mula meragui bila kita dah berda dalam keputusan yang kita buat tu.

Secara jujur, aku selalu meragui keputusan untuk berkerjaya. Lagi-lagi sekarang ni. Bila aku dibawah pengawasan harimau  jenama bintang tiga. Tahap komunis punya pemerintahan. Dictator and no mercy!!! so darn stress!!

Walaupun aku selalu menabur bahser puake dalam hati berkajang-kajang panjangnya... aku syukur jugak sebab Si harimau jenama bintang tiga tu masih nak mengajar. Walaupun dia selalau cakap... Stupido.... makan taik............ALL RUBBISH!!!!! hahahaha.... lupa... mereka tidak belajar adab macam mana kita orang melayu di didik dengan santun dan pekerti.

Aku maafkan.

Dan aku pun sekarang bukan budak hingusan yang boleh ditipu secara berkajang-kajang. Aku dah tua walaupun size aku tak tua.Ahaks

Its time to change. Turning point semua orang pun bukannya sama. dan masing -masing ada hikayat yang berbeza. Come to think of it, betul la.... bila ada dalam negara sendiri. dengan suasana dan keadaan yang ada... buat aku rasa untuk take granted of everything. Penghayatan addeen sekadar suam - suam kuku. Sebab aku kan duduk dalam negara islam. Tapi betul ke?

dan aku rasa kalau ada dekat negara orang... barulah kita akan pegang faith and values kite secara tegar. perhaps!

Baiklah... aku nak menutup bicara

Wasalam






1 comment:

  1. relax la orked,,blm tua lg nk jeles ngn org bertunang,,hehe

    ReplyDelete