Ade sebab dan musabab kenapa aku menghilangkan hikayat orked.
Pertama... sebab ada manusia durjana yang memanipulasi tulisan ala Genius aku
Kedua......Sebab aku sudah ketandusan idea
Ketiga....sebab aku rasa JELEK dengan belog buruk ini
Keempat... Sebab suka hati akulah!!!!
Sebenarnya walaupun aku tidak mentulis belog ini secara kerap kali atau dalam kata lain... sejuta entry dalam sehari (Pernah ke?) aku tetap merakam segala bentuk keindahan kehidupan dalam kotak memori aku. well, kepala hotak aku ni kan genius..,geliga ala batu delima... maka semua sudah ku rakam dan save. Sekarang..perjuangan memuntahkan segala bentuk memori dalam kadar taipan sebatu sesaat. eheh!!
cerita ini...
BAZAR KARAT...
Okeyh...so lame... whatever....
Sebagai anak jati johor, sungguh bangga bila orang bertanya.. pernah pergi sini?? pernah pergi sana? pernah pergi sinun?? dan dengan megah mengangguk dan tersenyum.....
Dan juga tersangat bangga bila kita mampu berkata.. HOIII, dah nama pun anak johor, kawasan mana aku tak pernah jajah?? .. perasaan itu adalah bagus dan enak seperti menikmati roti dengan coklat.... nyum...nyum...
Ceritanya, aku ni memang tak pernah jejak Bazar karat di Jb tu sepanjang kelahiran aku. Dan agak mengecewakan bila aku pun tak pasti lokasi bazar karat tu. HA HA HA... ini pun moment indah untuk dibuat bahan bangga. pfttttttt
Kebetulan, pulang dari menuntut ilmu di sebelah malam... lokasi pendidikan itu terletak bersebelahan dengan Bazar Karat tersebut... maka aku pun secara tidak sengaja...tersinggah... eheh.
Dan ini pengalaman dan komentar aku....
1. selaku orang yang tak pernah tahu situasi bazar karat tu... aku berikan 100 markah penuh. Memang lambakan barang dan keperluan yang secara petik jari boleh didapati dengan mudah
2. Dari segi harga... aku rasa pasar malam is much better....hahaha... (Sebab aku ni ratu pasar malam)
3. Keadaan nya adalah super happening di mana setiap peniaga pun mahu menggoda aku membeli secara sakan tanpa mengetahui tahap kekayaan aku ketika itu.
Dan sebagai konklusinya.... aku boleh bangga dan senyum penuh megah... bila orang bertanya tentang bazar karat JB. Hahahahahaha.... enak sungguh perasaan ini.. yippi
Kisah dua.
KEGAGALAN
Failure in life is something that is forgiven...as long as we never give up. Keep on trying until we succeed. Eheh..betul ke omputih aku nih??hahaha
Kegagalan pertama sudah aku tunjukkan secara terang terangan ... kegagalan menghapdet entry lima ratus juta perenggan.
Kegagalan kedua... gagal memandu secara berhemah di litar yang lengang. Sebab aku rasa tercabar untuk menguji kuasa kuda enjin perwira aku.
Kegagalan ketiga.... menjadi kaya raya... macam Awi rafael.... sebab bila aku kaya... aku memang nak tutup semua lobang atas jalan raya... huwaaaa...sedih le kene bersilat dengan lopak air mahupun lubang durjana setiap hari.
well....sebut tentang kekayaan... to be honest.... I'm not rich...and I'm pretty broke!!!! itu kenyataan kegagalan yang paling terserlah. Potong bawang ohoi
Kegagalan keempat...... semua pun tahu......masih begini lagi....
Cerita ke tiga
Aku memang tersangat jarang punya masa menonton drama di TV... sebab kebanyak masa aku di kantor. lewat malam pulang, badan dan mata menuntut bantal.. di hari minggu pula harus pergi menuntut ilmu. Jadi bila punya waktu... aku cuba mengikuti drama-drama indah Malaysia...
Al-kisah...
Drama yang diadaptasi dari novel.... at first, memang best.... almaklumlah...aku ni hantu novella. Jadi bila dilayar perak kan.. memang ler teruja...
Jadi...aku rasa semua orang sedia maklum bahawa penceritaan Novel kat malaysia ni tersangatla CHEEZY ala dibetes tahap Kronik. Dan tersangat tidak best bila menonton drama Malaysia yang cube mengeluarkan elemen itu secara terbuka. Wa malu weyhhhhhh....MALUUU. kalau wa yang ala belia remaja ni MALU nak mentonton drama sebabak tu........ maka wa memang terus rasa nak banned je . Hu Hu Hu... tak kejam sangat kan
Cerita empat
Apa nak jadi dengan Malaysia??
Aku keluar rumah mesti kene make sure pintu kereta dalam keadaan LOCK. juga kene make sure aku hanya bawa duit dan lesen serta IC di dalam poket. Telefon sebesar gajah tidak aku bawa demi memastikan keselamatan dan juga potensi kene beli baru.
Juga setiap malam kene jadi QC untuk buat final check semua pintu dan tingkap sudah tertutup rapat. Lepas ni aku nak amek degree JAGA. Aishhh
Juga kes-kes anak kecil anak besar yang menjadi mangsa nafsu pemangsa. Humanity is no more!!!....
Selain itu, aku juga mula rasa yang Malaysian (majority of them excluding me... wahahahaha) sangat kedekut dengan SENYUMAN..... SAPAAN... dan semua pun adalah robotic yang telah diprogaram kepala otak.
Kenapa??
1) Semua pun bukak mata ingat nak cari duit. Sampi ke tutup mata pun mimpi duit
2) dalam kepala hotak memasing dok pikiaq macam mana nak bertambah kaya walhal yang terpinggir tak terbela di biaq tertindas tak dikira
Sedih!!!!
Eh..rasanya entry ni sudah sejuta perenggan. baikla... Noktah dulu. Bubye
No comments:
Post a Comment