Lamanya tak mentulis dan menconteng disini. Ya Ampun... kesibukkan Dunia ditambah dengan kemalasan yang menggunung dan melangkau keluar galaksi bima sakti.... hasilnya.. Cik Orked tersadai.
Hurm.. mana nak start?
Perlu ke start dari zaman pra sejarah? yang nanti titik akhirnya selepas tamat ayat baris kedua!!!! Cik Orked tak mampu mentulis banyak2. Almaklumlah... ratu typo tak mampu nak menangani kelajuan otak ini. Ahaksss
Hari ni 18/9/2015
Kawan Group WhatApp mendirikan rumah tangga. Amboi Pidot... tak menyabo ko ea. Sanggup kau melangkah bendul kakak kau ni? tak takut kena tulah ke? bhahahahah
Hari ni jugak genap umur kawan dunia cik orked 26 tahun. ( Tak bermaksud Cik orked 26 okies)
So sempena hari ini 18/9/2015... maka Cik Orked bebesar hati nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat Hari Lahir buat dua orang sahabat Cik Orked.
Sejak kebelakangan ni... macam macam dah jadi. Jatuh bangun... nangis suka... tawa riang.. bercanda... erkk... mana hala tuju ayat ni????Lame orked LAME!!!!
Macam ni... menembak tepat ke sasaran!! CIk Orked nak cakap... hidup ni memang betul proses penuaan.
Semalam..baru je kau gomol anak buah ko... cubit dia senyap2... gigit dia... sakat dia.... buat dia nangis... tarik seluar dia... buli dia.... sebab dia kecik dan tak mampu melawan dan kau rasa kau makcik yang menawan dan kau mampu membuli tanpa ada yang melawan.!!!! owhh INDAH!!
Tapi Hari ni.. budak kecik yang kau cubit tu.. kau gigit tu.. yang kau tarik seluar tu.. dah besar panjang dah. Dah Berjaya marathon ketinggian meninggalkan mak cik dia ni yang bonsai aka Ayam serama paling mahal!
Dan yang paling sakit hati... dia dah ada Girlfriend at age of 15 manakala kau hanya menghitung bintang dan bulan sejak zaman dinosaur sampailah ke zaman sekarang ni.... yang paling menyedihkan, proses mengira bulan dan bintang tu.... kau buat sensorang je. Hoiii loser hoiiiii.
*Nangis tepi almari***
Untuk tidak menampakkan betapa losernya cik orked ni, Haritu Cik Orked baru sahaja dipinang.... Pinangan dari golongan atasan. Hurmm.. bukan niat nak takbur,, hakikatnya.. memang nak menunjuk PUN!!! bhahahahahaha
Tak payahla percaya.... dongeng je semua tu. Cik Orked ni Ibarat cinderela moden. Yang tak didera tapi terdera perasaan bila anak buah dia lagi maju dari dia. So anggap je Cik Orked ni dalam dunia khayalan yang tak bersempadan. Kah Kah Kah...
Percaya atau tidak... hidup ni memang indah dalam hiasan bibir. Kita boleh ungkap segala keindahan yang kita rasa... tambah sedikit ajinomoto..garam...perisa.. nahhh...terhasilah kuah tom yam khung terbaik dari ladang. Hakikatnya????... siapa kita melawan arus percaturan hidup?
Bahagia kita hari ini... belum tentu sama dengan bahagia kita hari esok.
Indah kita hari ini... tak semestinya sama dengan indah kita hari esok.
Mungkin esok kita senyum...selepas kita rasa peritnya menangis.
Back then.. Cik Orked orang yang sombong dan angkuh. I want people to follow me. Silly me!!!
Im Sorry to those who I ever hurt.... Im sorry for my words. Im a kampong girl yang canggung bila dibandar. yang gerak gerinya kekok dan perlakuannya buruk.
As I grew older... banyak yang mematangkan. Not to say Im a perfect girl... but slowly im trying to change. Tak salah kan..... hakikatnya.... Kenal diri sendiri memang susah. Lagi lagi meletakkan ego yang tinggi jejak langit ketujuh jauh ke dasar laut cina selatan. 😧. Iatiqomah tu memang payah
What a shame orked :(
Dan....
For my brothers and sister... yang saat ini lagi diuji.. mohon tabah.
Buat saudara seislamku... yang lagi diuji... mohon bersabar..
Hari ini kita senyum.. esok belum tentu,
Orked Bunga Hati :)
12.00 am
18.9.2015
No comments:
Post a Comment