Wednesday, 15 May 2013

Hari BESAR AKA BIG DAY

Assalammualaikum...

15 May 2013 telah menjadi saksi untuk sebuah acara yang tersangat hebat. Acara yang semua orang pun senyum sampai telinga, berjalan macam tak jejak dunia. Bersolek tebal macam opera cina. Kene marah pun masih tersenyum bangga. Hari yang tak akan  dapat diulang walau dibayar dengan nyawa...yang datangnya cuma sekali dan kegembiraannya memang tak langsung boleh di beli di mana-mana. Hari besar buat kami dan terlebih besar buat Orked bunga Kantan hempedu tahi ayam.

Begini...


Maka hari itu pun menjadi petanda bertapa Cik orked sudah secara rasmi, secara sah, mentamatkan zaman pembelajaran dan zaman belia hingusan...eceh... bangga sikit....
dan bukan itu sahaja... ade cerita di setiap senyuman yang gerenti takkan cair tujuh malam berturut turut...



Tiga jambak bunga yang datangnya tersangatla indah caranya.. huwa...serius... gerenti tidur pun indah-indah sahaja....

Semasa Cik orked sedang terjengah jengah di tengah-tengah kepadatan populasi rakyat Malaysia, tiba-tiba Cik Orked di tegur dan disapa oleh satu suara..

"Awak bunga ni untuk awak" sapa satu suara yang garaunya... owh mangaiiii
"Untuk saya? eh salah orang ni." Cik orked membalas. Dalam hati... mangaiii...tak padan dengan garau.. muka tak macam David De Gea lagi...
"Yeke salah orang. Tapi saya rasa macam tak je." Si pemilik suara garau AKA kembar David De Gea membalas.
Ea eh mamat ni.... ada pulak nak main aktiviti jejak kasih kat tengah panas terik. Maka dengan muka comel terlebih ayu cik Orked membalas..
"Malangnya memang tersalah orang."
"Owh tersalah orang... saya nak bagi bunga ni dekat Cik Orked Bunga Hati..."

erk.....erk....erkk.....tu nama den... serius mamat ni? seingat cik orked, mana ada la berkawan dengan muka-muka stock retis bagai ni. 

"La kenapa terkejut?" Soal Kembar David De Gea..

"Macam mana awak tahu nama saya?" Eceh...dah mula sesi teruja dan kepura-puraan menyorok keterujaan.
"Kan saya dah cakap tak salah orang. Tapi awak tak nak percaya.." Si Kembar David De Gea senyum sambil menghulurkan bunga...

Ha...bab ni memang tak dapat nak control...lagi.. memang muka blush tahap gaban.. memang bibir dah tak reti nak menipu ...muka dah tak reti nak kasi ketat... huwaa.... control orked control. sebagai seorang gadis yang punyai otak selaju cahaya, kau tak boleh menerima pemberian dari orang yang tak dikenali...walau dalam dada,,,jantung dah marathon tak reti nak berhenti...

"Erk... saya tak terima pemberian dari orang yang tak dikenali." okeh... terkeluar jugak dari bibir.. walau hakikatnya.. LIHATLA DUNIA... ecehhh

"Memangla tak kenal, kira sekarang nak kenal la ni. Sudi tak?" Si kembar David De Gea sekali lagi menghulurkan bunga. Sambil bibir memberi senyuman ala pencairan hati...

Mummmy....tolongggg... dah cair da ni...

"Sudi tak?"

Okeh ni malu... dah kenapa bagi senyum versi pencairan hati macam tu.. kan dah terkunci mulut ni. Aigoo....memang tak pernah wujud la dalam silibus hidup macam mana nak handle benda-benda macam ni.

"Sudi ke tak ni.... diam je.. setujula......" Kembar david De Gea buat muka comel...

Masa ni memang dah tak boleh nak kata apa. memang beku terus.

Dan mamat dihadapn itu masih terus tersenyum...... naaa...ini memang tak boleh jadi ni. Menjatuhkan maruah untuk golongan si cute terlebih ayu macam Orked bila aku hanya diam terkedu.

"Saya nak cepat ni... tapi serius saya tak boleh terima bunga awak ni." Okeh..ni decision yang diambil demi mempertahankan nilai murni dalam hati.... 

"Owh macam tu, since saya dah pun beli bunga ni, dan tak tahu nak bagi dekat siap-siapa. Saya tetap rasa awak yang layak terima bunga ni dari saya...please, jangan tolak. Saya betul-betul ikhlas ni."

Huwa.... ni memang dasyat!!!....wahai la Mamat Muka ala david de gea. Ini satu jenayah bila cuba buat Cik Orked tak boleh control diri sendiri... 

Dan dengan teragak-agak...cik orked menyambut huluran tu... dan saat itu Cik Orked terdengar bunyi tepukkan dari orang sekeliling...

Ah sudah.... jangan kata Cik Orked baru buat drama sebabak dekat sini. 

DAN

TARAPAPPAAAAAA

Cik Orked mengangkat muka dan menyedari masih berada di dalam DEWAN terserba indah . Memandang sekeliling dengan muka penuh cuak... Eh mana David De Gea tadi....

Dan ianya hanyala sebuah mimpi di siang HARI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

seriusly??? itu hanya MIMPI????

huwa...huwa...huwa... ye mimpi yang sentiasa direka reka oleh Orked demi membina entry melangkau tujuh benua!!!! wahahahahahahahahaha

dan hakikatnya... apa yang terjadi?

Cik Orked disambut dengan jambangan bunga oleh si kecik Dhia dan Harith sambil menjerit... Tahniah Cik Orked... bunga ni untuk Cik Orked tapi patung dengan coklat ni kakak dan harith yang punya.

Hailoh... sedih terus!!!

Dan tiba-tiba Datin Mummy berhajat menjenguk abang di KL. Walaupun anda pernah bermastautin di Shah Alam, dan tidak pernah menjengah ke KLCC,KL Tower dan kawasan sedaerahnya sepanjang tempoh bermastautin, anda tetap dianggap seorang pakar dengan GPS gerenti di kepala untuk menjadi penunjuk arah. 

dan seperti biasa, kalau di jajahan sendiri pun selalu sesat, pergi kerja pon semedang salah masuk simpang. maka itulah yang mereka alami sebaik menggunakan perkhidmatan Orked Bunga hati selaku penunjuk arah!!!!!!

Perjalanan 3 jam terus bertukar menjadi 6 jam dan kegembiraan terus bertukar bila semua orang pon nak jadi THe HULK !!!

STRESS giler... maka malam ni akan tidur dengan rasa sakit hati yang teramat-amat!!!!





Walau apa pun kisah yang tersisip pada hari ni, perjalanannya memang sekali sahaja. 

HAPPY GRADUATION TO ALL ALUMNI UITM 2010/2013 BACHELOR OF ACCOUNTACY(HONS) .

For every ending, there is a new beginning,
For every memory, there is a dream ahead. 
Happy Graduation to all.

Special dedication buat semua penghuni tetap kelas G dan D dan semua yang mengenali diri ini. 


Salam

No comments:

Post a Comment