Sunday, 26 May 2013

Panas membara

Bunyi tajuk dah membara. so entry hari ni sengaja nak jadikan bara. biar hangus pastu dah boleh berhenti menitip hikayat!! arghh..sangat membara. Sebenarnya tak puas hati. Dan lagi menambah garam bila rasa tak puas hati ditambah dengan rasa sakit hati. Orked yang gojes memang tengah membara.. memang tekan keyboard keluar semua effect api dari segenap ceruk. Memang dasyattt punya membara!!! sebab Orked pun manusia.. walau pun dalam bentuk tulisan ni diHARAMKAN menunjukkan sifat keji pada umum. HA HA HA...yadayadayada...

hari-hari yang indah kununya... tersangat indah bila mendapat kunjungan dari pakatan berikat satu batalion. Dan secara rasmi weekend ku menjadi singa betauliah. Ye, selepas mereka merasmikan buku kerja yang dibawa dari opis untuk pertandingan mewarna, selepas my enjin siput dapat watak utama dalam lakonan ibu-bapa, teacher -student... dan selepas rumah ibunda dah tak kacak macam mahligai kayangan. Maka tahap sabar dah mencecah siren kereta api..... 

Serius meyus.... memang gen Datin Mummy yang ni tak reshesif langsung. Gen paling dominan dalam pembentukan nukleus. Aigoo....jadi perasaan itu semakin membara. okey rasanya kalau letak daging ayam..serius ohh boleh buat berbecue. SERIUS

Sebab musabab entry membara bila semua plan yang dah dimetrai dalam MOU diri tak berjaya di sempurnakan. Paling rasa membara bila nak pergi isi minyak pun tengok purse hanya ade beberape not berwarne biru tanpa tanda kosong. Owh seriusly??? rasanya baru mencucuk dinding beberapa hari lepas. dan kena mencucuk dinding lagi? ye..mungkin mencucuk dinding adalah aktiviti mudah. Tapi tidak mudah bila akaun bank pun dah deficit dan semua surat dah menjengah mintak hutang...bla bla bla....

Okeh seriusly memang tengah membara. Bukan sebab purse dah dahaga mahupun komitmen bulanan yang menyakitkan hati..apatah lagi teriakan dan tangisan pakatan berikat. 

Membara nya hati bila terasa semua benda pun tak mampu nak istiqomah. Membaranya  hati bila setiap hari kata nak berubah...tapi sentiasa kalah dengan hal dunia. Lagi membara bila rasa diri ni dah tersangat bagus dan terasa semua orang pun loser...pitam

Sekarang terlalu banyak nak kena fikir. Oh em gee...seriusly hidup dewasa buanlah mudah. Sampai sekarang pun masih dileteri...sampai sekarang pun masih menyakitkan hati datin Mummy. Seriusly Orked?? are you serius??

Orked memang bukanlah blogger yang best. Memang kalau tengok yang datang bertandang pun ..alahai... diri sendiri je pun yang meningkatkan statistik. Tapi lagi suka keadaan mcm ni. Boleh mentulis secara rawak dan membebel perkara pembaziran secara suka hati. Boleh meluah tanpa kena jaga hati. Orked suka. Ni je satu-satunya perkara tentang blogging yang Orked paling suka. 

dan ini je pun tempat nak meluah rasa. Memang berhajat pun nak privatekan blog. Haishhhh.... mungkin tidak.. atau ya? akan difikirkan secara tegar....

Esok isnin. bermakna awal hari untuk minggu terakhir. Maksudnya esok akan mula kembali hidup celaru. Monthly closing yang buat hidup semput. memang membara bila semua pun nak berangin bila kene kejar date line. gfhjdhgjknk!!!!

OKAY..esok akan membara sepenuh hati. Selamat menghuru harakan hidup!!!

Sekian










No comments:

Post a Comment