Aku semakin ketandusan buah fikiran untuk mentaip hikayat. Sekarang hikayat aku juga adalah hikayat jalanan yang aku rasa wajar diduduk dalam bakul draft atau aku deletekan saja. Aku sudah tidak mampu memerah keringat mentaip secara kerap dan menghasilkan hikayat membunuh jiwa. Tiba-tiba aku merindui belog yang URLnya panjang itu. Yang aku rasa hikayat aku lebih suci dan lebih ada pedoman.
Aku sekarang bersenang lenang. Bergoyang kaki kiri dan kanan sambil mengira retak siling dan dinding. Kerjaya baru ini memang mintak rejam dari Datin mummy. Owh ye..memang wajar Datin Mummy menunjukan amukan puaka bila si anak hanya tahu menghabiskan harta. Eh...kerjaya sekarang ini sungguh seronok. Aku hampir terlepas hitung berapa bnyak waktu aku berlibur secara hebat!. Malah terkadang aku terlupa sekarang siang atau malam bila aku terlalu sibuk mengira keluasan jalan di muka bumi. Mungkin aku harus menjadikan kerjaan ini kerjaan tetap. Err...aku akan pertimbangkan. Pitam!
Beberapa hari lepas. Tahap kebusanan aku mencecah tahap bahaya. Jadi aku bercadang membuat khidmat masyarakat. Makanya aku mencari idea.. apakah khidmat masyarakat yang boleh mengurangkan kebusanan aku. Sebab.. aku mahu lari dari terus-terusan menghafal semua rancangan televisyen yang 10 kali ulang. Aku juga mahu lari dari aktiviti tidur secara mati-matian. Walau ketika final dulu aku sudah membuat AKU JANJI untuk membalas semua waktu yang aku lalui secara songsang...dan apabila aku kelihatan cantik membawa mata panda dan beberapa jerawat vangang yang keluar bersilau bak diamond. Tapi akhirnya, aku tahu itu aktiviti tidak sehat dan melemahkan minda.
Maka aku secara suka rela mencuci kandang tempat tinggal si Hijau..bumbu...dan bimbi. Bila aku melihat dan merasa jijik dengan tahap kekotoran kandang si hijau. Hoi Hijau...bersopan la nak melepas pon. seksa hoii nak mencuci kandang kau itu.
Hari-hari seterusnya juga aku lalui dengan kebusanan yang amat bergaya. eh kenapalah perjalanan penganggur seperti aku ini tersangat buhsan???
haish... hari hari pun pandang kincir angin macam nak telan. Bilakah akan kesana??
Habis!!

No comments:
Post a Comment