Friday, 31 May 2013

STRESSS

Kat mana nak meluah rasa?? ecehhhh dah mula nak bersentimentel dekat belog.

Stress melanda sekarang tak kira waktu. Tak bagi salam. Memang bila dia datang menyapa.. mood swing habis. Kalah ribut taufan. Memang tersangat la mencari tempat menenangkan. Memang dah bermatlamat nak menghadap pantai dari terbit matahari sampai la terbenam...... memang nak minta ombak laut tu.. bawak pergi semua masalah...

Dah ada perancangan...tapi lain yang dirancang lain pula yang jadi. Majoriti mahukan yang macam tu. maka kita yang minoriti ni..kenalah mengalah. Jadi...wahai belog mengarut meraban... mohler dengar luahan hati dan perasaan ni.


Google


google



google



Disebabkan kisah nak mentengok pantai dan bermain air tidak dapat direalisasikan.. Ini jelah habuannya. Kite mentengok gambar aje... ecewahh

ini aje pun yang mampu. demi membawa semua stress yang melanda...

Alkisah si aku yang berjauh hati. Mungking nanti akan pergi sendiri aje. Bila enjin siput dah pulih . tapi keadaan enjin siput memangla tak akan pulih. Faktor usia. Harga pasaran pun.. alahai.... Henpon pun lagi mahal. Jatuh standard kerete sorong je.

Sekarang pun jiwa sentiasa la gundah. Bila datang yang indah... mesti tak lama. Yang gundah tu pun sibuk nak inteprem muka. Hoii jangan nak sibuk dalam den punya cerita. tolonglah... bagi laluan dekat si INDAH tu datang menjengah. tak lalu dah rasanya nak membawa jiwa gundah.  

Sememang hakikat aku neh comel lagi kiut. Tapi rasanya dah tak kiut bila badan pun sibuk nak lawan size dengan tulang. aigooo. Semua pun sibuk nak menegur itu ini. setiap hari pun kene minum 7 gelen air demi menjawab soalan yang sama... halooooo muka neh ade macam kaunter pertanyaan kah ?? serius kadang-kadang FED-UP.. tapi kene jawab jugak. Dan bila semua pun nak berhikayat.... cerita pun tetap akan sama... yadayadayada....


So weekend pun ini plannya adelah membuat aktiviti yang terbatas di minggu berhari(sila direct translate ke bahase omputih).. aktiviti mengular secara mati matian. ahaks... confirm akan terdengar amukan puaka dari mereka- mereka di jajahan ibunda. 

apa yang pasti... semenjak dah bergaji ini...... nak beli apa pun dah tak payah nak buat muka seposen depan datin mummy. ahaks. tapi demi mencari sesuap nasi itu.. stressnya.. sampai semua benda pun songsang. Ups and Down. Tonggang tebalik. muka tak berdarah pandang komputer. Semua orang  pon pasang perisai bergajah bila cik orked dah mula diam tak bergerak tenung PC. Siap bagi tabik hormat bila 8 jam tak bergerak depan PC. Ye..aku neh robot!!!! 

Eh cerita atas dah bawak dah tak sama. Eh kenapa macam berselirat je?? ah sudah... bila otak dah kene virus stress...typo 10 kali ganda!!!!!!

habisla.










No comments:

Post a Comment