Friday, 28 June 2013

Gila Kerja



Credit: Google pic-iluvislam

Salam and greetings to all.

Menjelajah dunia sesawang. Terjumpa satu blog. agak comey la dekorasi blog tersebut. Bila sibuk mengushar, sekali sepupu sendiri. Hahahaha...lawak antarabangsa. nasib baik tak pergi menjaja blog tersebut. kalau tak mesti sepupuku itu kembang setaman, walauweh!

Nak berkongsi, di Office pun semua sibuk bukak hikayat. Cik orked senyum saje... tak berani nak share. So kita share disini. Topik hangat di opis " Chenta pertamaku"


Alergi tujuh benua pun tak kebah. Memang dah lama tak pernah ade serius relationship. Zaman persekolahan yang ala-ala glamour bak Miss Universe itu pun sekadar "ADMIRER" dan  sisipan memori saje. ecewah

My first crush - Senior sekolah ku. Ecewah... Tapi takdelah crush mane pun. Setakat CRUSH time perhimpunan aje. Hari-hari pon akan mentulis nama beliau di buku sebab datang lewat. dan hari-hari pun beliau harus mentatap muka comel ini sampai habis perhimpunan. Well, setiap minggu pun bertugas jaga pagar sekolah. Motif sangat!

So kalau dah hari-hari mentengok muka beliau, maka terjatuh la sedikit ke hati. SEDIKIT okay... please take NOTE!

dan kemudian, sendiri menjaja diri untuk dikenenkan dengan rakan sekelas. Serius waktu tu sifat pemalu dah berkurangan. HA HA HA. mungkin sebab ade 6 je jejaka dalam kelas, so cepat2 book! Tapi tu pun sekadar main-main. Takdela serius meyus pon.

Life Universiti lagila bosan. Hidup songsang bila, lagi chenta buku dari semua bentuk hubungan berlainan jantina. dan bila dah lima tahun takde aktiviti diayat dan cuba mengayat dingorat, maka terasa sangat susah untuk mula dari A... aigoo..

Well, no biggie!! walaupun sekarang ni nampak macam chenta kerja lebih dari chenta orang, sekurang kurangnya takdela sakit kepala. And I do believe in "Love after marriage". Pengsan!

Tapi sekarang lagi chenta kerja. Datin mummy pun dah mula nak marah-marah bila asyik balik lewat. Hurm...bukan sengaja! tapi terpaksa. Dan after this kene sambung belajar, makanya...no more social life!!!..and keseluruhan usia 20 an ku dihabisi dengan ilmu. Fair enough.. Senyum!

Dan tak semua pun peluang datang bergolek golek. Dan tak semua pun senang datang tanpa susah. Sekarang ni memang tempoh lemas takde pelampung. But slowly... dari terus tenggelam, sekarang dah mampu nak capai rumpai dalam laut. Mana tahu... after this, dari rumpai tu mampu cipta rakit untuk sampai ke daratan. InshaAllah...

Memang sekarang hidup ups side down. Matahari pun jarang dapat jumpa. Lagi isu jerebu.. memang la wasalam terus. Dan kebizian sekarang pun dah melangkau tujuh benua.. Yang nanti memang mintak pantai 7 hari 7 malam. Tempoh peralihan jawatan yang tersangat menyakitkan. Tempoh percubaan yang menguji segala- galanya. Dan yang pasti.. keupayaan bersaing!.

Being the only malay in the department... totally damn hard!!! untuk pengalaman 3 bulan dibandingkan dengan 30 tahun.... bukannya mudah!!.. dan perkataan PAIN untuk period ini lebih sukar dari period pain yang semua golongan sejantina lalui..(okeyh..tak pernah mengalami so tatau rasa period pain tu macam mana).

Walaupun dalam dunia timbunan kerjaan itu aku semacam hanyut, tapi masih lagi punya perasaan. Dan mustahil aku akan buat kerjaan ni sampai bila-bila.

Dan semoga masih mampu bertahan!

Dan semoga dapat lalui ramadhan  dengan tenang..

..........connection failed....




No comments:

Post a Comment