Assalamualaikum..
Maaf kerana aku sudah lama tidak mentitip salam disini. Juga lama aku tidak mengicau di laman itu. hanya aktif di muka buka... dan juga aktif mengupload gambar..delete..dan upload kembali.. motif??? anggap saja aku berada di fasa kecelaruan jiwa. Fasa dimana hormon aku mahu aku menjadi dewasa seperti yang lain.. tapi otak aku melarang!!!
Sekarang pun aku tak punya cukup masa untuk berlibur-libur disini. Pulang dari kerjaan disiang hari, mata terus menuntut bantal. Aku sudah lama memutuskan hubungan intim dengan dunia luar. Lagi enak bermalas-malasan di depan tv bersama air panas berasap dari mengahadap dunia liburan.
![]() |
| Credit: Google |
Owh ye, sebelum aku terlupa. Ya, selamat berpuasa. Selamat mengerjakan ibadah. Selamat mencari pahala like a boss. selamat mencari bekalan disana dengan penuh jaya dan ohsem.
Esok aku akan berbelog lagi. Jika hormon aku tidak swing dan atasan aku tidak membuat perangai. Aku akan berbelog esok. Sebab sekarang aku ingin bersenang lenang bersama bantal.
Salam ramadhan.
Server down!!!



No comments:
Post a Comment